Kisah seorang anak syurga yang menghidap sindrom Apert menghadiahkan sekuntum bunga mawar buat ibunya menarik perhatian warganet.
Menerusi sepotong video berdurasi 14 saat yang dimuatnaik pemilik akaun Sophia Hann, momen menerima hadiah bunga mawar itu benar-benar menyentuh perasaan.
"Hari ni kat sekolah buat bouquet, thank you anak soleh Mama," tulisnya.
Gelagat comel itu menjentik hati ramai, selain turut mendoakan kebahagiaan kedua-dua anak beranak itu.
“Dahlah anak syurga, anak soleh lagi, syurga tertinggi la untuk awak adik.
“Uncle yang lelaki pun menangis tengok anak soleh ini.
“Semoga adik sentiasa dilindungi Allah.
"Kalau saya kak, dah banjir terjurai air mata semoga sihat selalu anak soleh," tulis beberapa warganet.
Untuk maklumat, sindrom Apert adalah gangguan genetik di mana tulang tengkorak bayi bercantum terlalu awal, menghalang perkembangan normal dan mengubah bentuk kepala dan muka.
Selain itu, beberapa jari kaki dan tangan juga bercantum, menyebabkan jari-jari tersebut melekat antara satu sama lain.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.7 juta jumlah tontonan dan 314 ribu tanda suka di aplikasi Tiktok.