Pelakon, Eyka Farhana sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video dirinya masak ayam masak kicap untuk suami tular di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, aktres itu dilihat tampil bersahaja di dapur sambil menunjukkan langkah menyediakan hidangan tersebut.
Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah penampilan gaya rambut Eyka di dapur membuatkan ramai yang terpegun.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Eyka yang tetap menyerlah walaupun berada di dalam dapur malah sempat berseloroh membandingkan situasi sendiri ketika memasak.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Dia masak ayam kicap elok kemain. Kita kalau masak ayam masak kicap, kita berkicap sama naik.”
“Kelas betul rambut kepok kepok masak ayam masak kicap,” komen netizen.