Skip to main content

Viral

Netizen Tuduh Kelly Azman Tak Ada Job, Ini Komen Empunya Badan! - "Tak Tahu Jangan Bash, Buktinya ..."

sekadar-gambar-hiasan-2023-01-05t120650-886.png

Selebriti versatil Kelly Azman tampil membidas dakwaan segelintir netizen yang menuduhnya kurang mendapat tawaran persembahan biarpun pada ambang tahun baharu 2023.

Jelas Kelly, dia sebenarnya menerima banyak undangan namun kebanyakan konsert dan persembahan terpaksa ditunda bagi menghormati arahan kerajaan.

"Apabila netizen mula menyalak dekat media sosial saya, katanya show sana sini hujung tahun tak ada job tak ada show. Sebenarnya kena ingat tahun ini tak digalakkan buat sambutan tahun baharu. 

"Kkerajaan pun dah nasihatkan, jadi semua show saya dibatalkan dan ditunda bagi menghormati arahan kerajaan.

"Tahun baru juga saya ada ambil job event Starvendor #travelperaklah mulai 30 Disember hingga 1 Januari 2023. 
"Saya diberikan amanah sebagai pengacara dan menghiburkan pengunjung yang datang. Bukan tak ada job, ada, tapi bukan sempena tahun baharu," katanya kepada Gempak.

Kelly yang juga juri All Together Now Malaysia musim pertama dan kedua itu sebelum ini tampil menyuarakan kekesalannya terhadap dakwaan tidak berasas warganet di media sosialnya.

Dalam pada itu, jelas Kelly dia masih terbukti relevan apabila kerap dikerumuni peminat sepanjang berada di Starvendor Perak baru-baru ini.

"Acara itu menyajikan makanan, fesyen dan kecantikan serta lebih sejuta orang kunjungi event itu. 

"Rata-ratanya terkejut melihat saya di sana, orang Ipoh pun datang nak bergambar dengan saya. Gembira jumpa saya, di luar nampak peramah, baik. 

"Lucunya, mereka tanya, kenapa tak bangun ATNM setiap kali jumpa saya. Netizen tak tahu, jangan bash macam tu. Buktinya di Starvendor bersama artis-artis dan pengasas Ifa Raziah sendiri. Tak bolehlah cakap saya ni tak ada job.
 

Must-Watch Video

Advertisement