Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati setelah mendapat tahu gambar peribadinya diceroboh oleh pekerja sebuah kedai elektronik semasa dalam proses membaiki telefon.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Platform X, wanita itu menyatakan dia telah menghantar telefon bimbitnya yang rosak di sebuah kedai elektronik untuk diperbaiki.
Bagaimanapun, perbuatan terkutuk staf itu terbongkar selepas wanita terbabit mendapat tahu gambar-gambar peribadinya disimpan oleh individu tersebut tanpa kebenaran.
