Skip to main content

Budaya Popular

Niat Nak Jumpa Idola Terbantut, Wanita Ditahan Selepas Cuba Ceroboh Kediaman Jungkook

astrogempak_jungkook.png

Seorang wanita ditahan pihak berkuasa Korea Selatan selepas cuba menceroboh rumah ahli kumpulan K-pop terkenal, BTS iaitu Jungkoook.

Difahamkan peminat fanatik dari China itu cuba memasuki rumah Jungkook tersebut selepas beberapa jam penyanyi tersebut menamatkan khidmat ketenteraan wajibnya.

Menurut laporan polis tempatan, wanita tersebut dilihat sedang menekan nombor rumah secara rawak pada kunci kombinasi di luar kediaman Jungkook yang terletak di Seoul.

“Polis Yongsan, dalam kenyataan memberitahu wanita itu berusia 30-an dipercayai peminat fanatik Jungkook.
 

Must-Watch Video

Advertisement