Skip to main content

Budaya Popular

Noki K-Clique Tidak Mahu Lakukan Adengan Bersentuhan Dengan Pelakon Bukan Muhrim - "Berlapik Boleh Tapi Ikutkan Hati Saya..."

astro-gempak_noki_k_clique_tak_mahu_sentuh.jpg

Penyanyi rap, Noki K-Clique menegaskan dia akan meletakkan beberapa syarat sebelum menerima tawaran berlakon.

Antaranya, dia akan cuba untuk mengelakkan diri dari melakonkan watak percintaan kerana dia tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita yang lain.

“Kalau saya ditawarkan untuk berlakon watak bercinta, saya tidak akan melakukannya kerana saya tidak mahu bersentuhan.


“Berlapik boleh, tetapi ikutkan hati saya, saya memang tidak mahu kerana dalam Islam, memang tidak boleh, kan?,” katanya kepada Gempak.

Pada masa yang sama, Noki mahu memperoleh keberkatan daripada rezeki yang diterima kasih dariapda titik peluh dalam dunia seni.

"Kita cari duit dari sumber sebegitu, dan apabila kita melanggar hukum seperti berpegangan tangan, ia boleh menjadikan sumber itu halal atau haram. Itu sahajalah yang mampu saya katakan.

"Saya tidak kisah tentang syarat yang saya letakkan itu sebab saya rasa syarat yang saya letakkan itu adalah benda betul.

"Kalau tidak ada rezeki pun saya tidak kisah kerana rezeki datang dari Allah S.W.T,,” jelasnya.
 

Terdahulu, Noki K-Clique pernah mendedahkan dia sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Tuhan serta memberikan lebih fokus pada ibadah.

Sekadar info, Noki memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2021 menerusi drama pertamanya, ‘Oh My Hantaran’.

Must-Watch Video

Advertisement