Menurut Nora, dia bersyukur sentiasa diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu demi menjadi seorang yang sentiasa berusaha mencari kebaikan.
“Sekarang saya faham dan mengerti kenapa ada yang bersungguh sungguh ke majlis ilmu tanpa henti.
“Jadi setiap kali hadir, niat untuk isi kembali ruang ruang kosong akibat terlupa, jahil, leka dan sebagainya.
Tambah pelakon filem Polis Evo itu lagi, perasaan menimba ilmu tersebut tidak dapat digambarkannya malah sentiasa ada rasa sifat ingin belajar dalam dirinya.
“Kalau nak bercerita tentang perasaan saya ketika ini, betapa bersyukurnya di dekatkan dengan majlis sebegini, memang tidak cukup 10 muka surat.
“Sukar hendak digambarkan atau diungkapkan. Rasa tidak cukup, rasa ingin belajar 24/7. Jadi gian ingin tahu. Ingin belajar, lagi dan lagi.
“Tidak pernah jemu. MasyaAllah. Semua kerana Allah mampukan. Nikmat ini ingin ku simpan buat selamanya,” tulisnya lagi.
Untuk info, Nora Danish menarik perhatian warga maya apabila tampil dengan imej berhijab di media sosial sekitar Jun tahun lalu.
Malah, penghijrahannya itu ternyata memberi inspirasi dan membuat ramai kagum.