Skip to main content

Budaya Popular

Nur Nilam Kongsi Momen Azlan Komeng Tahu Fasal Kehamilan - “Aku Tahu Dia Selalu Menangis Dalam…”

astrogempak_azlan_nilam_hamil-2.png

Bakal menimang cahaya mata di usia 45 tahun, isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz berkongsi momen dia memberitahu suaminya mengenai kehamilan itu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Azlan dilihat tidak dapat menahan rasa keterujaannya apabila bakal bergelar seorang bapa.

Pada video berdurasi selama seminit itu, Azlan menghampiri Nilam dan memeluk isteri tercintanya.

 

Dalam pada itu, Nilam mendedahkan dia pernah hampir berputus asa untuk menimang cahaya mata selepas empat tahun melayari bahtera perkahwinan.

 

“Untuk lelaki yang tak pernah menangis di depan orang. Tapi aku tahu dia selalu menangis dalam doa. Sekarang, aku hadiahkan tangisan bahagia.

 

“Kita hampir putus asa, pernah rasa mungkin kita bukan orang yang dipilih. Tapi tuhan tahu, sabar kita itu layak diberi hadiah dari syurga,” kongsinya.

 

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat Nilam dan suaminya selain turut mendoakan agar pasangan itu dipermudah segalanya urusan.


Sebelum ini, Nur Nilam Ortiz berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.

 

Selain mohon doa agar kandungan dalam keadaan baik, Nilam turut memberitahu dia masih bertahan dengan Azlan kerana lelaki itu seorang suami yang baik dan terbaik di matanya.

 

Nilam turut memuat naik video memperlihatkan rakaman imbasan ultra bunyi menunjukkan pasangan itu bakal menimang cahaya mata lelaki.

 

Azlan yang meninggalkan komen di ruangan perkongsian itu turut mendoakan agar Allah sentiasa melindungi isteri dan anak mereka.

@puan_nilamortiz Untuk lelaki yang tak pernah menangis depan orang, tapi aku tahu dia selalu menangis dalam doa,sekarang, aku hadiahkan tangisan bahagia, Kita pernah hampir putus asa,Pernah rasa,mungkin kita bukan orang yang dipilih. Tapi Tuhan tahu — sabar kita itu layak diberi hadiah dari syurga.@AzlanKomeng ♬ original sound - DNP

Must-Watch Video

Advertisement