Penyanyi Ernie Zakri tidak mempunyai masalah apabila lagu nyanyiannya Masing-Masing dikatakan sering didendangkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah.
Menurut penyanyi berbakat besar itu, dia secara peribadi menerima dengan terbuka sesiapa sahaja yang ingin menyanyikan lagu-lagunya.
"Asalkan sedap didengar dah cukup bagi saya.
"Mengenai Bella nyanyikan lagi itu, jujur saya katakan saya tiada masalah. Nyanyilah," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ernie memohon orang ramai untuk lebih terbuka selepas Bella mendapat kecaman ramai apabila kerap menyampaikan lagu Masing-Masing.
Terdahulu, Bella tampil memohon maaf kepada segelintir pihak yang berasa kurang senang apabila sering mendengar dia menyanyikan lagu Masing Masing nyanyian penyanyi Ernie Zakri.
Menurut Bella, dia juga hanya memenuhi permintaan penganjur yang mahu lagu tersebut dinyanyikan.