Skip to main content

Viral

#OhAbeNik: Kenali Aiman Nasir Wynne, Artis Mix Kelantan-UK Yang Suka Berkain Pelikat & Minat Gadis Melayu Bertudung

temubual-eksklusif-2022-02-26t133059-306.png

Bertitik tolak sebagai YouTuber, jejaka kacak pemilik nama Aiman Nasir Wynne, 24, serius untuk menceburi bidang lakonan dan pengacaraan.

Membesar di United Kingdom dan berhijrah seketika ke Kelantan untuk mendalami ajaran Islam dan budaya tradisional Melayu, Aiman yang berdarah campuran Britain (ibu) dan Kelantan (bapa) mencuri perhatian dengan kefasihannya berdialek Kelantan.

Apa kata kita berkenalan lebih rapat dengan Aiman Nasir Wynne!

#1 Ibu Aiman berasal dari United Kingdom manakala bapanya dari Pasir Puteh, Kelantan. Membesar di UK namun sentiasa dititikberatkan dengan budaya Malaysia.

#2 Datang ke Malaysia sejak kecil dan semakin cenderung mencari jati dirinya. Kini menetap di Kuala Lumpur. Kata Aiman; "I want to discover my other half."

#3 Suka makanan di Malaysia dan keharmonian rakyat yang saling menyokong satu sama lain.

"Di Malaysia punyai nilai kekeluargaan yang sangat tinggi dan penuh dengan makanan. Bila jumpa kawan-kawan kita dihidangkan dengan makanan dan pastikan kita tak lapar.

"Saya pernah datang Malaysia pada usia 16 tahun dan jatuh cinta. Kemudian saya datang lagi tinggal selama dua bulan tapi terpaksa pulang ke UK kerana pandemik COVID-19.

"Untuk terus berinteraksi dengan orang Kelantan, saya buat video dan upload di YouTube. Jadi, saya mohon peminat saya mengajar saya kecek kelate sebab saya tak boleh belajar sendiri," ujarnya.

#4 Jangan cakap bahasa Inggeris dengan Aiman kerana mahu menajamkan komunikasi berbahasa Melayu.

"Kalau belajar sendiri atau di sekolah ia akan ambil masa lama, mungkin empat tahun. 

"Cara terbaik adalah bercakap menggunakan bahasa yang ingin dipelajari," tambah Aiman.

5# Disebabkan komuniti Islam tidak ramai di UK, Aiman menyambut kedatangan Ramadan dan Aidilfitri sendirian. 

"Kalau di UK sejuk, tempoh puasa lama. Di Malaysia pula panas, tempoh puasa pendek. Harap-harap dapat sambut raya dengan meriah tahun ini," katanya.

#6 Ketika bersekolah, Aiman tidak diajar perkara positif tendang Islam. Pada usia 17 tahun, Aiman belajar tentang agama di Kelantan dengan saudaranya.

#7 Mahu mencuba warisan budaya di Malaysia. Aiman ingin belajar Mak Yong, wayang kulit dan kebudayaan lain.
 

Must-Watch Video

Advertisement