Skip to main content

Viral

#OhAbeNik: Sambut Ulangtahun Ke-60 Di Malaysia, Ini 5 Fakta Menarik Restoran Ke-100 A&W!

sekadar-gambar-hiasan-2023-07-31t140726-212.png

Perintis rangkaian makanan segera yang telah menawan hati rakyat Malaysia sejak 1963, A&W mengumumkan pembukaan restoran ke-100 di pusat beli-belah Sierra Fresco di 16 Sierra, Puchong South.

Sambutan penuh bermakna ini bersempena dengan ulang tahun ke-60 A&W di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang, berkongsi pandangan beliau tentang perjalanan luar biasa jenama A&W di Malaysia sejak pembukaan restoran pertamanya pada tahun 1963.

"Sejak 60 tahun lalu, A&W telah menyematkan jenamanya ke dalam hati, minda dan citarasa rakyat Malaysia merentasi pelbagai generasi. Namun, seiring dengan perubahan masa, kami turut  berkembang untuk memenuhi keperluan generasi baru sambil mengekalkan ciri ikonik kami. 

"Komitmen kami terhadap inovasi berterusan memberikan jaminan bahawa kami terus menyediakan tawaran yang menyegarkan kepada semua rakyat Malaysia. 

"Tanpa dibuai dengan rasa selesa atas kejayaan masa lalu, A&W berharap untuk terus berkembang bersama Malaysia selama beberapa dekad dan juga generasi akan datang," katanya.
 

Must-Watch Video

Advertisement