Skip to main content

Sukan Lain

Olimpik Paris 2024: Atlet Wanita Itali Tarik Diri, Dakwa Petinju Algeria Seorang Lelaki

astro-gempak-iman-khelif.jpg

Atlet dari Itali, Angela Carini, menarik diri serta merta sewaktu pertarungan bersama Iman Khelif dari Algeria atas alasan lawannya itu seorang lelaki secara biologi.

Carini ‘mengibarkan bendera putih’ hanya dalam tempoh 46 saat perlawanan selepas sempat menerima tumbukan padu dan serangan yang disifatkannya terlalu menyakitkan, lapor The Guardian.

Petinju berusia 25 tahun itu juga tidak mahu bersalaman dengan Khelif yang diumumkan sebagai pemenang selepas dia menarik diri.

“Saya patah hati. Saya bertanding atas nama ayah saya. Saya selalu diingatkan diri sebagai seorang pejuang tapi saya terpaksa menghentikan perlawanan kerana faktor kesihatan.

“Saya tidak pernah berasa tumbukan yang terlalu sakit seperti ini. Saya bukan mengalah tapi satu tumbukan sudah terlalu menyakitkan.

“Tumbukan kedua juga dengan pengalaman yang lama dalam bidang ini saya berasa terlalu sakit di bahagian hidung. Saya rasa cukuplah. Saya bukan mengalah saya hanya berundur dengan matang,” ujar Carini.

Terdahulu, Khelif pernah dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal dalam ujian kelayakan jantina.

Khelif didapati memiliki biologi lelaki yang lebih tinggi berbanding perempuan.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), bagaimanapun, menjelaskan Khelif dan seorang peninju, Lin Yu-ting, dari Taiwan tiada sebab untuk dinafikan hak daripada bertanding di sebalik telah digantung oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA). 

Malah, IOC mempersoalkan kredibiliti IBA yang berdepan dengan isu seperti rasuah dan pentadbiran.

Must-Watch Video

Advertisement