Anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar mencuri tumpuan ramai apabila sudah boleh beberapa patah bahasa Mandarin selepas mengikuti beberapa kelas di sekolah.
Menerusi laman sosial Instagram ibunya, Yusuf memaklumkan sendiri dia kini sudah pandai menyebut beberapa perkataan seperti nombor, pakaian, menyapa seseorang dan menyebut ahli keluarga.
“Untuk yang bertanya, Yusuf dah kena belajar bahasa Mandarin. Kami tak mampu nak tolong Yusuf dengan subjek wajib dia yang satu ni.
“Tak sampai hati tengok dia sendirian menggagau belajar bahasa cina, tambahan pula dia budak baru. Kawan recommend Fasih Mandarin, teruslah sign him up. Baru nampak better progress dan bila dia buat homework sekolah, adalah yang guide dia. Masyallah alhamdulillah,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.
Viral
“Pandai, Handsome! Besar Dah..” - Yusuf Iskandar Bijak Sebut Bahasa Mandarin, Buat Netizen Cair