Skip to main content

Trend Pasaran

Panjat Belakang, Sepak Kepala Jemaah Wanita Di Masjid! Perangai Kanak-Kanak Ini Bikin Netizen Panas Hati - "Kalau Depan Aku Ni..."

untitled-design-(89)_1.jpg

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya” itulah peribahasa sesuai berkaitan mendidik anak-anak di usia ‘setahun jagung’. 

Bagaimanapun sesetengah ibu bapa mengabaikan perkara tersebut yang membuatkan anak-anak mereka susah untuk dikawal apabila tidak dalam pengawasan.

Itulah sinonimnya dengan sebuah video tular di Platform X baru-baru ini yang memaparkan seorang kanak-kanak bersikap agresif terhadap beberapa jemaah wanita di sebuah masjid.

Menerusi entri berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat kanak-kanak berkenaan memanjat belakang seorang wanita yang sedang solat  sambil menyepak bahagian belakang kepala seorang lagi jemaah lain.

“Ibu bapa yang ada anak nakal tapi pergi terawih ni aku anggap selfish jelah. Gilir-gilir lah suami isteri jaga anak di rumah. Ni dah ganggu jemaah lain. Panas pula aku,” tulis seorang pengguna media sosial.
 

Sumber: Platform X

Must-Watch Video

Advertisement