Skip to main content

Budaya Popular

Pelakon Drama ‘The Glory’ Park Ji Ah Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak

astro-gempak_park_jiah_meninggal_dunia.jpg

Pelakon veteran Korea, Park Ji-ah telah meninggal dunia pada Isnin akibat pendarahan dalam otak.

Menurut agensi, pelakon yang berusia 52 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.50 pagi di Hospital Asan, Seoul, Korea Selatan.

 
Sementara itu, proses pengembumian mendiang bakal diadakan pada 2 Oktober jam 10 pagi nanti di rumah mayat Hospital Asan, Seoul, Korea Selatan.

Untuk maklumat mendiang Park Ji-ah pernah memegang watak sebagai ibu kepada Moon Dong-eun yang dilakokan oleh Song Hye-kyo dalam drama popular, The Glory.


Selain itu, mendiang juga turut membintangi dua buah filem yang berjudul ‘Gonjiam: Haunted Asylum’ dan ‘Dream’.

Sumber: JTBC News, The Korean Herald, KimchiDaily

Must-Watch Video

Advertisement