Menurut laporan Berita Harian, tinjauan di Lorong Siakap 1, Kuala Perlis mendapati, premis seperti Bakeri Ikhwan, Dobi Ikhwan dan Kafe Ikhwan masih meneruskan operasi, namun pengusaha mengakui orang ramai sudah mulai menjauhi premis.
Tinjauan sama juga mendapati sebuah lagi premis, Ikhwan Mart ditutup dan tidak dapat dipastikan sama ada ia ditutup disebabkan terjejas oleh isu berkenaan atau sememangnya operasinya ditutup pada Jumaat.
Menurut operator Kafe Ikhwan yang tidak mahu dikenali, sejak isu berkenaan menjadi isu besar, perniagaan mereka sudah mulai lesu.
Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dalam kuliahnya di Masjid Alwi, Kangar semalam berkata, isu membabitkan GISBH sudah dibentangkan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak penguat kuasa, namun tiada tindakan yang diambil.
Sumber: Berita Harian