Seorang pelawak ditahan polis, dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an di sekitar Johor Bahru, Johor, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesahkan penangkapan tersebut.
Katanya suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan di sekitar bandar raya ini pada awal pagi tadi.
"Kes dalam siasatan dan telah benarkan ditahan reman selama lima hari mulai hari ini sehingga 2 Disember depan," katanya.
Sebelum ini, pelawak tersebut pernah terlibat dalam beberapa program di negeri ini sebagai pengacara majlis.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.