Viral “Pelbagai Onak Duri, ‘Duka dan Duka’, Airmata…” – Datuk Fazley Mengaku Isteri Dalam Keadaan Sehelai Sepinggang Ketika Berkahwin Fiza Kamarudin 07/11/2020 | 13:30 MYT Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini. Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya. Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa. Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun Lagu: November itu (Lagu/lirik: Fazley Yaakob) A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on Nov 6, 2020 at 8:33am PST Topik Berkaitan #Perkahwinan #Isteri #Datuk Fazley #Tahun #Ulang Must-Watch Video Read more