Sementara itu, Hanafi turut menitipkan kata-kata pesanan buat Aliff Syukri di mana dia berharap usahawan berkenaan berfikiran lebih 'matang' dalam mencipta konten.
"Saya harap dia boleh berfikiran matang dan dia tak boleh fikir tentang dia sahaja. Dia seorang figura awam dan dikenali.
"Saya harap bila dia keluarkan video selepas ini dia tak buat lagi benda macam ni. Sebab dia kena jaga sensitiviti orang ramai kerana banyak generasi yang menonton," ulasnya.
Sekadar info, Hanafi pernah terlibat sebagai koreografer dalam rancangan-rancangan terkenal seperti Gegar Vaganza dan The Masked Singer Malaysia.
Terdahulu, perkongsian sedutan lagu raya yang dibuat oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya mengundang kecaman netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik satu babak daripada muzik videonya yang menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum yang terlalu aneh untuk dikaitkan dengan kedatangan bulan Syawal.
Tidak hanya kostum ketat mengikut bentuk badan, gaya persembahan dia serta penari-penarinya juga menjadi bahan kritikan daripada ramai pihak.
Trend Pasaran
Penari Aliff Syukri Meliuk-Lentok Beri Tempias Negatif, Koreografer Cikgu Hanafi Mohon Jaga Sensitiviti - "Fikir Biar Matang"