Skip to main content

Viral

"Penat Kerja Tak Dapat Hasil" - Norlia Ghani

norlia.jpg

Pelakon senior Norlia Ghani meluahkan rasa kesal dan kecewanya terhadap sebuah stesen televisyen swasta yang masih belum melunaskan bayaran kepadanya selepas beberapa bulan.



Tulis Norlia menerusi hantaran di Instagram, dia memaklumkan kerja yang membabitkannya itu telah tamat penggambaran sebelum Ramadan lagi.

"Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja yang dibuat sebelum bulan puasa, tapi Hari Raya pun dah habis harap adalah dapat payment walaupun sedikit. 

"Buat episod. Apakah stesen tv ini takde duit, sedangkan stesenn lain cepat aje dah selesai bayaran. Penat kerja tak dapat hasil," keluhnya.

Must-Watch Video

Advertisement