Skip to main content

Pencipta Biskut Famous Amos Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

astro-gempak_founder_famous_amos_meninggal.jpg

Sepanjang hayatnya, Amos juga aktif dalam mempromosikan literasi, termasuk menyediakan bilik bacaan di kedainya dengan sejumlah koleksi buku yang disumbangkan.

Beliau juga menulis lapan buah buku, menjadi jurucakap untuk Literacy Volunteers of America selama 24 tahun selain aktif memberi ceramah motivasi.

Pada tahun 1991, Presiden George H.W. Bush menganugerahkan beliau Anugerah Literasi atas sumbangannya.

Dalam bukunya, Man With No Name: Turn Lemons Into Lemonade, Amos mendedahkan bagaimana dia kehilangan pemilikan jenama Famous Amos sebelum ia dijual dengan harga AS$63 juta kepada sebuah syarikat Taiwan pada tahun 1991.

Meskipun jualan yang kukuh, perniagaannya mula merosot pada tahun 1985, dan Amos membawa masuk pelabur luar yang akhirnya menyebabkan dia kehilangan keseluruhan pemilikan syarikat tersebut.


“Tidak lama kemudian, syarikat itu telah menukar pemilikan sebanyak empat kali", tulis beliau.

Mendiang Amos dilahirkan di Tallahassee, Florida dan berpindah ke New York pada usia 12 tahun selepas perceraian ibu bapanya.

Di New York, beliau tinggal bersama seorang ibu saudara, Della Bryant yang mengajarnya cara membuat biskut coklat.


Dia kemudiannya berhenti daripada sekolah menengah untuk menyertai Tentera Udara sebelum bekerja sebagai kerani bilik surat di agensi William Morris.

Bersama agensi itu, mendiang menjadi ejen bakat, bekerja dengan The Supremes, Simon & Garfunkel dan Marvin Gaye sebelum meminjam AS$25,000 untuk melancarkan perniagaan biskutnya.

Menurut anak mendiang, Shawn Amos, bapanya merupakan ejen kulit hitam pertama dalam perniagaan itu.

“Ayah kami mengajar kami tingginya nilai kerja keras, percaya pada diri sendiri dan mengejar impian kami. 


"Kami juga tahu dia akan menyukainya jika anda mempunyai biskut coklat hari ini," katya anak-anak mendiang Amos lagi.

Sumber: Astro Awani

Must-Watch Video

Advertisement