Skip to main content

Viral

Pengguna Kecewa Beli Sup Perut Tapi Penuh T*hi - “Time Nak Panaskan Sup Tu Bau Busuk, Tengok-Tengok…”

tahife.jpg

Masih ingatkah pada kisah peniaga makanan yang meniaga hidangan kurang bersih, basi dan tidak menepati standard jualan sekitar bulan puasa lalu?

Nampaknya, kejadian yang sama berulang kembali. Menerusi perkongsian sebuah akaun di laman Twitter, seorang netizen mendakwa sup perut yang dibeli dengan harga RM20 tidak dicuci bersih.

“Beli sup perut RM20. Kononnya kedai tu ramai orang kata sedap. Jadi kita pun terliur try lah beli bungkus nak makan kat rumah.

“Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok-tengok ada dua ketul perut bulat penuh t*hi. Call peniaga dia cakap tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan t*hi,” tulisnya.
 

beli sup perut rm20. kononnya kedai tu ramai org kata sedap. jd kita pun terliur try lah beli bungkus nk makan kt rumah,time nk panaskan sup tu bau busuk. tgk2 ada 2 ketul perut bulat penuh taik call peniaga dia ckp tu lemak dlm perut, mcm lah kita ni x pandai beza lemak dgn taik pic.twitter.com/Rpi0Mssz2N

Must-Watch Video

Advertisement