Pengurus kepada penyanyi Nadeera tampil memberi respons mengenai khabar angin artis jagaanya itu ditangkap khalwat seperti yang heboh kini.
Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Acap, dia menafikan dakwaan Nadeera atau nama lengkap Farah Nadeera Zaini, 31, ditangkap khalwat.
Tambah Acap, Nadeera kini hanya memberi fokus kepada Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Ahad ini.
“Bukan Nadeera, saya tidak mahu jawab apa-apa.
Dalam pada itu, Acap memaklumkan tumpuan pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu terjejas gara-gara kontroversi tersebut.
“Semalam pun dia hanya buat raptai sahaja,” ujarnya lagi.
Hari ini, heboh sebuah berita mengenai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap seorang penyanyi wanita dengan suami orang dalam sebuah rumah sewa.