Menyajikan makanan berasaskan ubi kayu secara percuma bagi mengenang perjuangan masyarakat sebelum merdeka, antara cara seorang pemilik kedai makan di sini menzahirkan kecintaannya kepada negara sempena Hari Kebangsaan ke-67 yang disambut esok.
Jelasnya inisiatif itu juga bertepatan dengan konsep makanan tradisional yang diketengahkan di kedai makannya yang menawarkan pelbagai menu seperti pulut gaul nyor (kelapa), nasi ulam dan ikan panggang.
ARTIKEL BERKAITAN: Perbarisan Hari Kebangsaan, Netizen Paling Tak Sabar Tunggu Unit K9 - “Handsome! Siap Pakai Kasut, ‘Spek’ Mata Lagi!”
ARTIKEL BERKAITAN: Kepelbagaian Busana, Budaya Etnik Pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024
ARTIKEL BERKAITAN: 21 Jalan Utama Di Putrajaya Ditutup 6 Jam Sempena Raptai Hari Kebangsaan
Mahathir berkata menu berasaskan ubi kayu itu mula dijual di kedai makannya pada harga antara RM5 dan RM6 sepinggan sejak tahun lepas dengan resepinya diolah mengikut cita rasa penduduk di Pantai Timur, dan ia menerima reaksi yang positif daripada pelanggan.
Beliau yang pernah menjadi wartawan sambilan dari 2010 hingga 2015, menggunakan antara 40 kilogram (kg) hingga 50 kg ubi kayu setiap hari untuk disaijikan secara percuma kepada pelanggan sepanjang seminggu ini.
"Kita akan beri makanan ubi kayu secara percuma bermula 8 malam hingga 12 tengah malam. Kedai pula dibuka setiap hari kecuali Isnin.Kuantiti makanan yang diberikan bergantung kepada jumlah pelanggan.
"Kalau pelanggan datang dalam 12 orang kita akan beri ketiga-tiga menu tersebut tetapi kalau sekitar dua orang kita akan tanya menu ubi kayu yang mana satu mereka inginkan. Semalam, ketika menyajikan ubi kayu kepada pelanggan termasuk golongan muda mereka sangat gembira merasai makanan itu," katanya.
Dia yang mengusahakan kedai makan itu sejak 2015 bersama isteri Sulizawati Sulong, 40, berhasrat untuk memberi percuma menu klasik berasaskan bahan makanan lain pula pada Hari Kebangsaan tahun hadapan.
Sumber: Astro AWANI