Skip to main content

Budaya Popular

“Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu” - Shila Amzah

astrogempak_fatah-(3).png

Penyanyi, Shila Amzah menyatakan memberi sokongan kepada teman seperjuangannya, Ning Baizura untuk sertai Gegar Vaganza. 

Menurut Shila, dia mengetahui pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu akan menyertai program nyanyian tersebut ketika sama-sama menjayakan konsert Jaclyn Victor.


“Sebenarnya dia (Ning Baizura) bagi tahu dia akan sertai GV semasa kami jayakan konsert Jaclyn Victor bersama-sama.

“Jadi saya dan Jac bagi semangat untuk dia sertai kerana ini adalah peluang yang sangat baik untuk dia,” kata Shila.

Pada masa sama, Shila turut menjelaskan bahawa pentas GV ini memberi peluang kepada penyanyi sepertinya untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Sebab di pentas GV ini sahaja kami dapat discover yang kami boleh lakukan banyak perkara.

“Ia seperti rebranding balik diri kami. Bila masuk GV ini kami dapat lihat kita berada dalam industri ini.

“Kita boleh buat benda yang orang tak akan sangka kita boleh buat, jadi dekat GV ini kalau kita buat sehabis baik kita boleh berjaya,” katanya kepada Gempak.

Shila ditemui selepas majlis pengumuman Konsert Countdown Meletop 2025 baru-baru ini.

Selain Shila, antara penyanyi yang akan memeriahkan konsert tersebut adalah Shiha Zikir, Noraniza Idris, Aina Abdul, Hael Husaini, Khai Bahar dan Datuk Ramli Sarip.

Konsert Countdown Meletop 2025 bakal berlangsung pada 31 Disember di IOI City Mall Putrajaya.

Must-Watch Video

Advertisement