Penyanyi terkenal tanah air, Jay Jay disahkan meninggal dunia pada Ahad, 8 Ogos 2024.
Perkara itu disahkan oleh Datuk Hattan menerusi hantarannya di platform media sosial, Facebook.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, Mohd Fauzi Haji Darus (Jay Jay) telah kembali menemui penciptanya. Moga Almarhum ditempatkan di kalangan ahli syurgaNya,” tulis Hattan.
Sekadar info, jenazah arwah diuruskan di Thompson Hospital, Kota Damansara.
Imbas kembali, penyanyi popular itu sebelum ini mengalami lumpuh separuh badan sejak Jun akibat serangan angin ahmar.
Penyanyi Joget Angan Tak Sudah itu tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani prosedur tersebut.
Difahamkan, doktor mendapati ada sesuatu mengganggu saraf otak yang menyebabkan penyanyi itu mengalami angin ahmar buat sementara