Berita Tempatan Pernah Disamakan Seperti Khinzir, Sampai Lihat Cermin Pun Rasa Jijik Dengan Diri Sendiri - Aiman Zaim Rozaimi Zubaidi 18/09/2017 | 14:45 MYT "STORY OF MY LIFE" . Seumur hidup aku aku tak pernah ada memori yang aku ni tak obes , sejak kecil memang aku obes . Bak kata orang kecintaan pada makanan terlalu kuat . Hahaha Makin meningkat umur makin aku membesar dan kemuncaknya pada awal aku form4 . Berat aku masa tu "115 KG " yang macam dalam gambar tahun 2012 tu . Comel kan? ? Tak dinafikan bahawa "ejekan makanan harian aku " hari hari kena ejek sampai dah malas nak layan . Aku diam salah , aku bising pun salah semua benda tak kena . Tapi dalam muka "relax" aku kena ejek , serius aku rasa pedih kena ejek . Bertahun aku tahan , confident level aku makin lama makin teruk , aku jadi down gila . Sampai lah satu haritu masa aku form 5 , tengah aku bercakap ada yang menyapuk dengan ayat yang bagi aku pedas tahap dewa . Ayat nya lebih kurang camni , "Kau sape nak bagi pendapat , kau obes tak layak pun bersuara , kau pergi bersuara dengan makluk sekaum kau tu , BAB! ! " Waktu tu aku sentap , sampaikan aku tengok cermin pun rasa jijik ngan diri sendiri . So waktu tu jugak aku tertanam azam nk kurus , tak nak dihina , taknak dipandang jijik dimata orang. Aku nak buktikan aku pun MANUSIA . So habis je SPM aku terus mulakan misi aku , aku diet , work out and aku betul betul , jaga makan minum aku . Setiap kali aku nak putus asa aku akan teringat balik segala ejekan yang dimuntah kan ke muka aku . Sepanjang cuti SPM , Selama tiga bulan aku berhempas pulas akhirnya berat aku menurun dari 115KG ke 70KG . Jujur aku cakap , memang tak mudah nak ubah diri tetapi kalau ada keazaman yang kuat ianya tak mustahil . Dan aku berterima kasih kepada orang yang ejek aku dulu , kalau tak aku tak sedar sampai sekarang? , TQ guys ? Dan yang masih mengejek rupa paras dan fisikal seseorang tu , dah dah lar , bukan korang makin hensem atau makin cantik pun bila ejek orang . Simpan lah kata kata tu untuk benda yang lebih berfaedah .?? Okay lah , dah lenguh dah type bnyak2 .hahaha?? Kalau korang ade story nak cerita do comment below .?? #ceritakita A post shared by Aiman zaim (@aimanzaym) on Apr 20, 2017 at 7:09pm PDT Topik Berkaitan #Aiman Zaim #Hero Remaja 2017 Must-Watch Video Read more