Ariana Grande terus melakar sejarah peribadi selepas percubaan pertama dalam dunia lakonan membuahkan hasil.
Berkat lakonan berkesannya sebagai Glinda dalam filem Wicked, penyanyi tersebut dicalonkan dalam anugerah berprestij Oscar.
Grande tercalon menerusi kategori Best Supporting Actress pada Oscar edisi ke-97 bersama Monica Barbaro (“A Complete Unknown”), Felicity Jones (“The Brutalist”), Isabella Rossellini (“Conclave”), dan Zoe Saldaña (“Emilia Pérez”).
Bukan hanya terkejut, Grande malah menangis selepas mendapat tahu dirinya tercalon dalam Oscar.
Berbesar hati menerima pencalonan tersebut, Grande juga menulis: “Saya masih tidak percaya dan cuba bernafas. Terima kasih.”
Menerusi temubual bersama Deadline, Grande bersyukur kerana diberi kepercayaan berlakon dan membawa watak Glinda.
“Ini pertama kali saya berlakon dan menjadi anugerah terindah saya. Tidakkah anda berasa ini gila apabila saya tercalon dalam Oscar?”katanya.
Anugerah Oscar edisi ke-97 dijadual berlangsung di Hollywood pada 2 Mac 2025.