Berita Tempatan “Pertama Kali Dalam Sejarah Dia Mohon Ke Tepi Pentas Untuk...”- Pengurus Dedah Siti Nurhaliza Teruskan Konsert Di Adelaide Walaupun... Syafiqah Jalal 21/10/2019 | 12:39 MYT Semalam adalah satu hal indah bagi @ctdk apabila selesai menjayakan konsert beliau di Adelaide, Australia. Saya yang bersama-sama beliau dari Kuala Lumpur, sampai ke Adelaide, bertemu penganjur, bersua dengan penonton yang datang malam tadi dan bertemu pula sebahagian penonton di majlis meet & greet, adalah gambaran dan cerita sebenar, sebagaimana @ctdk menulis di dalam instagram beliau, TERHARU. Sebolehnya saya bertanya dan menyapa peminat yang saya jumpa, bertanya mereka datang dari mana, bercerita dan berkongsi kegembiraan yang sama, ini hal yang sungguh-sungguh saya rasakan kagum. Barangkali saya tidak dapat menulis semuanya di sini tetapi tidak kisah rakyat Malaysia yang tinggal di mana, mereka datang ke Adelaide. Selain dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei yang datang dari negara masing-masing tetapi peminat @ctdk sanggup datang dari Copanhagen, New Zealand, Korea, India dan juga dari Sydney, Perth dan Melbourne. Saya melihat warga kulit putih kerana muzik @ctdk yang mendekatkan, Konsert di Adelaide menjadi medan pertemuan peminat-peminat @ctdk. Selama menjaga @ctdk dan saya ada dari konsert beliau yang pertama pada tahun 1999 sehingga konsert terbaru beliau semalam, pertama kali @ctdk berada dalam kondisi kesihatan yang belum pulih, pertama kali dalam sejarah konsertnya beliau mohon ke tepi pentas sebentar untuk minum air dan pertama kali juga meminta saya membetulkan selendangnya kerana hampir jatuh. Begitulah, sebagai manusia biasa, kita juga ada masa sihat, ada masa sakit, ada masa terjadi hal-hal yang tak kita jangka, bila beliau salin baju untuk segmen yang seterusnya, saya tanyakan; Siti, nak kurangkan lagu tak? Kenapa? Tanya Siti. Suara Siti ok ke?Lagu pun banyak lagi. Siti ok, jangan kurangkan lagu. Siti ok. Itu jawapan beliau. Itulah Siti Nurhaliza. Saya bukan saja bangga dengan beliau tetapi saya sangat bangga dengan peminat-peminat beliau yang memberikan seratus peratus tenaga positif kepada beliau malam tadi. Terima kasih kepada @aubrey_suwito & pemuzik, penyanyi latar, penari @askdancecompany , seluruh team yang bertugas dan juga @epie_temerloh @ezuwanismail @shanellharun @rizmanruzaini #sitiinadelaide2019 A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on Oct 19, 2019 at 5:18am PDT Topik Berkaitan #Penyanyi #Konsert #Siti Nurhaliza #Penyanyi #Konsert #Adelaide Must-Watch Video Read more