Skip to main content

Berita Antarabangsa

Peugeot 3008 Versi 2020 Banyak Benda Baharu

peugeot-3008-2020-mi.jpg

Kenderaan utilti sukan (SUV), Peugeot 3008 versi 2020 menerima pembaharuan yang menarik selepas dilancarkan pada peringkat global baru-baru ini.

Ia kini tampil imej yang lebih segar, padat dengan teknologi dan didatangkan dengan pilihan rangkaian kuasa petrol, diesel serta plug-in hybrid.


Dari segi luarannya, pembaharuan boleh dilihat menerusi:


Dalaman juga menerima sedikit pembaharuan membabitkan:


Lebih banyak pilihan enjin mengikut kemahuan pemiliknya seperti:

  • Enjin petrol 1.2-liter 3-silinder PureTech 130 yang menyalurkan 130hp dan tork setinggi 230Nm dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan.
  • Enjin petrol 1.6-liter 4-silinder PureTech 180 dengan menghasilkan 180hp dan mencecah 250Nm) yang dipadankan transmisi automatik lapan kelajuan.
  • Enjin diesel 1.5-liter BlueHDi yang menjana 130hp dan 300Nm, dengan kombinasi manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan.
  • Hybrid 225 yang mana ia menggunakan enjin 1.6-liter PureTech 180 yang digabungkan dengan motor elektrik 80kW (110hp), menghasilkan 225hp dan 360Nm .
  • Hybrid4 300 pula menggunakan enjin 1.6-liter PureTech 180 dengan dua motor elektrik untuk menghasilkan 300hp dan 520Nm.


Peugeot 3008 versi 2020 itu juga padat dengan teknologi terkini untuk kemudahan dan keselesaan pemanduan membabitkan:

  • Night Vision yang mengesan pejalan kaki dan haiwan
  • Adaptive Cruise Control
  • Visiopark 1 dengan kamera 180-darjah
  • Visiopark 2 dengan kamera depan dan belakang 360-darjah
  • Park Assist
  • Amaran aktif tersasar lorong
  • Driver Warning Alert
  • Kawalan lampu tinggi automatik
  • Pengecaman papan tanda
  • Active Blind Spot Monitoring
  • Advanced Grip Control
  • Hill-Assist Descent Control

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement