Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Pevita berkongsi momen pernikahannya yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat di Kuala Lumpur.
Memilih konsep Melayu, Pevita dan Mirzan sama cantik sama padan mengenakan busana serba putih.
Difahamkan, pelakon filem hits Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu menerima mas kahwin sebanyak 10 dinar secara tunai.
Rakan selebriti, Afgan turut hadir ke majlis resepsi di sebelah malam.
Untuk info, jejaka yang berjaya menawan hati Pevita itu adalah seorang ahli perniagaan yang juga anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group.