Baru-baru ini, penyanyi dan anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie muncul dalam rancangan hiburan berjudul TMI News Show.
Disiarkan menerusi saluran Mnet, episod pada minggu tersebut memaparkan rumah-rumah selebriti yang memiliki hiasan dalaman mewah.
Apa yang menarik perhatian adalah segmen berkenaan katil Jennie yang dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit!
Menerusi program berkenaan, katil yang dimiliki Jennie adalah daro jenama Hästens. Harga katil berkenaan bernilai 170 juta won (RM552,830).
Disifatkan sebagai membazir? Hästens pastinya tidak bersetuju. Hal ini kerana, Hästens merupakan syarikat peralatan tempat tidur pertama yang menerima anugerah Ekolabel Angsa Nordic, satu pengiktirafan yang diberikan kepada syarikat yang mematuhi panduan paling ketat tentang amalan mesra bumi.
Beberapa perabot dan barangan milik Jennie yang turut dipaparkan dalam episod tersebut adalah Sofa Roche Bobois yang bermula pada harga 9.6 juta won (RM31,090) dan set pembesar suara audio, 15.9 juta won (RM51,302)
Sumber: Koreaboo