Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi berita gembira apabila anak keduanya, Sophea Natasha terpilih menyertai Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam acara renang.
Menerusi hantaran di Instagram, Sheikh Muszaphar meluahkan rasa syukur dan gembira apabila akhirnya segala usaha keras anak keduanya itu membuahkan hasil.
Rutin harian makin padat
Dalam hantaran yang sama, Sheikh Muszaphar juga turut berkongsi rutin harian anaknya yang kini semakin padat dengan jadual latihan intensif.
“Awak boleh lakukannya Tasha, mommy dan daddy sentiasa memberikan sokongan kepada awak. Pengorbanan, komitmen, disiplin dan kerja keras. Daddy bangga dengan awak,” coretnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Sheikh Muszaphar: