Sejak kebelakangan ini, pelbagai usaha ‘dakyah’ yang disebarkan oleh kelompok antivaksin. Baik di media sosial mahupun platform komunikasi seperti Whatsapp dan Telegram, bermacam cara mereka lakukan untuk menghasut orang ramai. Hal ini bukan sahaja melibatkan rakyat biasa dan artis, malah, menteri juga menjadi sasaran.
Menerusi laman Instagram, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkongsi dua paparan tangkap layar platform antivaksin di Telegram yang dilihat cuba untuk memfitnah dirinya.
Situasi ini didakwa terjadi rentetan kenyataan Khairy baru-baru ini yang menyifatkan kerajaan mahu menyusahkan hidup mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin.
Lain macam @Khairykj kena tuduh guna tangkal. Ada 4 jenis jin katanya. Mungkin seluar jeans salah satunya. pic.twitter.com/Gn7eBeEmlu