Pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta memuji cara aktres Anna Jobling membawa dirinya dalam berfesyen.
Che Ta yang terkenal dengan penjagaannya dalam berpakaian menyifatkan pelakon kacukan itu begitu mewah dalam setiap gaya yang dibawakan.
"Kalau awak tanya BBNU punya fesyen, I love Anna Jobling. Sebab apa? Saya tengok dia ada stylist. Jadi, kalau awak ada stylist, awak takkan salah berfesyen… pada pandangan saya la.
"Tetapi awak kena tengok bentuk badan kerana bukan semua fesyen fit dengan kita sebab badan tak cantik tapi pakai ketat-ketat.
"Kita ni dalam bergaya kita kena pandai sembunyikan kelemahan kita. Kalau pinggang besar nak pakai tali pinggang memang tak sesuailah.
Selain Anna Jobling, pelakon yang lantang dalam menyuarakan pandangannya itu juga menjadikan pelakon Hisyam Hamid antara artis lelaki yang pandai dan kemas bergaya apabila di karpet merah.
"Satu lagi I love Hisham Hamid… awak tengok dia, dahla handsome, kemas dan pandai bergaya.
"Dia simple sahaja... tapi dia ikut tema. Saya suka sangat tengok dia bawa diri dia di karpet merah. Itu baru betul," katanya.