Mengulas lanjut tentang kemelut rumah tanya yang berlaku antara Syamsul dan Ira, aktres berusia 39 tahun itu berkata dia enggan campur tangan berkaitan masalah perhubungan pasangan berkenaan.
“Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu. Saya, keluarga dan mentua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram (IG) .
“Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu. sebagai keluarga kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka berdua,” ujarnya.
Disoal tentang perasaannya berhubung isu tersebut, Sarah hanya mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Ira.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Simpati dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka,” katanya lagi.
Pada 13 Jun tahun lalu, kemelut yang melanda rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.