Skip to main content

Budaya Popular

Puteri Sarah Zahir Rasa Syukur Kes Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Selesai - “Alhamdulillah…”

whatsapp-image-2024-08-30-at-11-43-36-am.jpeg

Pelakon, Puteri Sarah Liyana menzahirkan rasa syukur selepas kes tuntutan samannya ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sarah atau pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dirinya  berasa lega memandangkan masih mempunyai satu lagi kes tuntutan saman melibatkan dirinya di mahkamah.

 

Permohonan maaf


Selain itu, Wiwi juga perlu untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat untuk tatapan umum selama tujuh hari di Instagram (IG) bermula hari ini serta membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 yang merangkumi keseluruhan kos guaman.

Untuk rekod, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat selepas Wiwi membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram pada 24 Ogos tahun yang sama.

Must-Watch Video

Advertisement