Skip to main content

Trend Pasaran

Ramai Hairan Cik B Mampu Beli Kereta Mahal, Netizen Kirakan Untung Kasar Jualan Salmon Skin

astro-gempak-cik-b-beli-kereta-mewah-meniaga-salmon-skin.jpg

Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, iaitu Cik B meraih perhatian ramai apabila berjaya memiliki sebuah kereta mewah yang didakwa berharga hampir RM2 juta baru-baru ini.

Difahamkan, kenderaan berwarna hitam itu jenis G Wagon Brabus G63 itu dibeli sempena dengan sambutan ulang tahun ke-19 yang jatuh pada 19 Mei lalu.

Sungguhpun Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin teruja berkongsi berita tersebut, namun, ramai dalam kalangan netizen berasa hairan bagaimana Cik B mampu untuk membeli kereta semewah itu.

Netizen hairan bagaimana Cik B mampu beli kereta mewah

Menerusi satu akaun, pengguna platform tersebut membantu membuat kiraan keuntungan kasar yang diterima Cik B hasil jualan snek tersebut.

Netizen kirakan untung kasar Salmon Skin Cik B

Berdasarkan pengiraan kasar, dengan tanggapan keuntungan sekitar 20 peratus, Cik B meraih untung sekitar RM1,729,988 juta sejak bergelar usahawan snek Salmon Skin.

Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B Smart! Ada Boss Vibes Jalan Dengan Bodyguard, Netizen Love - “Macam Mafia K-Drama, Kim Jong Un Is Shaking”

ARTIKEL BERKAITAN: Vida Belanja Tiket Penerbangan RM40,000 Untuk Kacak - “Tak Ada Membazir, Mama Nak Kita Duduk Bersama”

Must-Watch Video

Advertisement