Skip to main content

Trend Pasaran

Ramai Ingat Sama, Rupanya Fungsi Kad Kredit & Debit Jauh Beza!

astrogempak_kad_1.png

Mungkin masih ada diantara kita yang keliru dengan perbezaan kad kredit dan kad debit.

Kedua-duanya boleh digunakan untuk membuat bayaran di kedai, melakukan transaksi tanpa sentuh (tap), malah dimasukkan ke dalam e-wallet seperti Samsung Pay.

Namun, menurut Pendidik Kewangan, Faiz Azmi, fungsi kedua-dua kad ini amat berbeza dan memberi kesan besar kepada cara seseorang menguruskan kewangan.

Berikut adalah penerangan ringkas untuk membezakan kedua-dua jenis kad ini:

 

2. Perancangan Bajet & Perbelanjaan

  • Kad Debit: Hanya boleh digunakan mengikut baki sebenar dalam akaun bank. Ini membantu pengguna mengawal perbelanjaan dan mengelakkan hutang.
     

  • Kad Kredit: Memberi fleksibiliti lebih besar. Boleh digunakan sebagai dana kecemasan, contohnya ketika perlu membayar deposit hospital sementara menunggu surat jaminan.

 

3. Ganjaran & Pulangan

  • Kad Debit: Jarang menawarkan ganjaran atau pulangan. Jika ada pun, jumlahnya sangat terhad.
     

  • Kad Kredit: Menawarkan pelbagai faedah seperti cashback, points, tiket penerbangan percuma, hingga akses lounge eksklusif di lapangan terbang.
     

Secara ringkasnya, kad debit lebih sesuai untuk mereka yang mahu berbelanja mengikut kemampuan serta mengekalkan disiplin kewangan, manakala kad kredit menawarkan kelebihan dari segi keselamatan, kecemasan dan ganjaran, namun tetap memerlukan kawalan penggunaan agar tidak membebankan diri dengan hutang.

Must-Watch Video

Advertisement