Menerusi video tersebut, orang ramai bertungkus- lumus mengeluarkan mangsa yang membabitkan seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
Orang ramai yang membantu turut berusaha untuk menstabilkan kereta yang terbalik tersebut bagi melancarkan proses mengeluarkan mangsa.
Semua slmt…Uncle tu je pening2 skt n skt kaki.Bila Melayu,Cina,India & Sabahan bergabung.Im proud to be Malaysian??
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terharu dengan bantuan yang diberikan oleh orang ramai yang terlibat.
Malah ramai yang memuji tindakan semua bangsa yang bekerjasama dalam membantu antara satu sama lain dalam keadaan sukar.
“Inilah namanya satu Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa saling bantu membantu antara satu sama lain,” komen netizen bangga.
“Sebak saya, perpaduan ini yang kita mahu. Great guys,” tulis netizen lain.
“Tengok video macamni pun buat saya menangis...hisshh...geram betul,” komen seorang netizen.
Sehingga kini, perkongsian video yaneg menyentuh hati itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 681,000 dan tanda suka sebanyak 29,000.