Skip to main content

Budaya Popular

Rasa Berat Semakin Bertambah Selepas Bersalin, Uqasha Senrose Kini Lebih Aktif Bersukan - "Hidup Saya Pada Ketika Itu..."

whatsapp-image-2024-11-03-at-8-27-58-am.jpeg

Pelakon, Uqasha Senrose akui dia kini semakin aktif dalam bersukan khususnya dalam aktiviti badminton.

Menurut pelakon yang popular dengan drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu selepas tempoh bersalin, dia mula sedar bahawa badannya semakin bertambah besar dan membuatnya mula mengambil langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih serius.

 

"Lepas itu saya bersalin caesar, makin lama saya rasa diri saya semakin besar. Selepas empat lima bulan barulah saya mula bersenam dan barulah saya rasa sihat," ujarnya kepada Gempak.`

 
Sejak beberapa bulan lalu pelakon cantik ini dilihat sering berkongsi aktiviti bermain badminton bersama keluarga dan suaminya, Kamal Adli.
 
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen ditemui media di set pengambaran Bisikan Dosa di Kuang Selangor baru-baru ini.

Sekadar Info, Uqasha telah mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Hawra Uqaira.
 
 

Must-Watch Video

Advertisement