Skip to main content

Viral

Rasa Dikhianati Selepas ‘Kenenkan’ Adik Dengan Siti Bainun, Nurul Zahid Minta Adik Putus - “Hubungan Mereka Toksik, Tiada Keserasian”

untitled-design-2022-04-20t094622-315.jpg

Anak sulung Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Zahid mendedahkan dia yang bertanggungjawab mempertemukan adik bongsunya dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun. 

Menurut Nurul atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Ahmad Zahid, dia mengenali Siti Bainun dan mahu menjodohkan wanita tersebut dengan adiknya memandangkan adiknya seorang lelaki pemalu. 

“Sebagai kakak sulung, saya sentiasa mahu yang terbaik untuk adik-adik saya. 

“Mengenali orang kena tuduh (OKT) pada suatu ketika dulu, dia seorang yang peramah dan suka membantu orang dengan kerja-kerja amal yang dia lakukan. 

“Being me, saya agak nakal untuk ‘kenenkan’ adik bongsu saya dengan OKT. Adik saya seorang yang sangat baik, rapat dengan keluarga, dan pemalu untuk bergaul dengan perempuan. 

“Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, mereka jadi rapat. Tetapi Allah lebih Maha Mengetahui,” tulisnya. 

 

Must-Watch Video

Advertisement