Vokalis kumpulan rock, The Changcuters, Tria, baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila dirinya tiba-tiba rebah semasa persembahan yang berlangsung di Ecovention & Ecopark Ancol, Jakarta, pada 9 Ogos lalu.
Bagaimanapun, menerusi hantaran akaun rasmi The Changcuters di Instagram, keadaan Tria difahamkan semakin pulih dan stabil.
“Dengan penuh rasa syukur kami ingin memberitahu bahawa keadaan vokalis kami, Tria, semakin baik dan stabil,” tulis The Changcuters.
Bagaimanapun, The Changcuters tidak mendedahkan penyakit yang menyebabkan vokalis kumpulan itu tiba-tiba pengsan semasa persembahannya dan hanya memberitahu bahawa Tria memerlukan masa untuk pulih.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada seluruh pihak yang mendoakan dan memberikan sokongan kepada kami.
“Doa dan perhatian anda sangat bererti buat kami semua. Saat ini Tria masih memerlukan masa untuk pulih,” sambung The Changcuters.