Baru-baru ini, satu restoran tular di media sosial kerana berasaskan tema ‘layan diri’.
Menerusi video berdurasi 40 saat yang dikongsi di Platform X, seorang individu menerangkan bahawa restoran tersebut tidak mempunyai sebarang pekerja, sebaliknya hanya menyediakan lauk-pauk untuk dibungkus, dikira, dan dibayar sendiri oleh pelanggan.
“Dia buat bisnes macam berniaga dalam kolej. Pelanggan datang sendiri pilih lauk, sendiri bungkus, sendiri kira dan bayar. Semua bergantung pada kejujuran pelanggan,” tulis individu itu.