Wajah manis Uyaina Arshad mungkin sudah jarang dilihat di kaca televisyen sebagai seorang pelakon selepas menjadi ibu sekitar lapan bulan lalu.

Namun itu tidak bermakna karier dan rezekinya berhenti mengalir. Buktinya, dalam diam-diam isteri Raja Syahiran ini melakar satu sejarah baru dalam kariernya apabila dipercaya dan dipertanggungjawabkan menjadi duta pertama jenama suplemen terkenal, Herbs of Gold.
“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana walaupun tidak begitu aktif berlakon namun tetap dipilih dan diberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi duta pertama Herbs of Gold.
“Tidak sukar untuk saya bersetuju apa lagi jenama suplemen antarabangsa ini sudah terkenal dan dijual di sekitar 200 farmasi Caring di seluruh negara, saya harap sinergi antara kami dapat membantu memperluaskan pasaran,” katanya dalam sidang media pelantikan Herbs Of Gold X Uyaina Arshad sebagai duta pertama di Kuala Lumpur.
Apa yang lebih penting kata Uyaina adalah dia dapat membantu memperkenalkan produk suplemen halal tersebut kepada pengguna.
“Saya tak mahu tunjuk benda yang saya tidak buat. Saya memang ambil atau gunakan produk ini seperti yang terkini NMN+ dan mahu sama-sama menjaga kecantikan bukan hanya luaran tetapi sihat dalaman juga,” katanya.
Viral
Rezeki Belum Putus! Uyaina Arshad Kekal Kendali Dangdut Academy Asia, Dilantik Duta Pertama Herbs of Gold