Pelakon Mas Khan mencuri perhatian ramai dengan berkongsi sebuah video melamar kekasih hati, Diana Nasimuddin dalam sebuah majlis yang penuh romantis.
Menerusi laman sosial Instagram, Mas memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.
“Setiap kali you nak jumpa your girlfriend, you rasa excited. Walaupun dah setahun lebih bersama, you still rasa the spark, the butterflies, i rasa benda tu sampai sekarang. This is not common but with this girl, the butterflies are always there,” ujar Mas di dalam video tersebut.
Menggunakan tanda pagar #roadtohalal, lamaran yang diadakan pada 18 November lalu menyaksikan Mas melutut di hadapan Diana sambil mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket jaketnya.
Lamaran yang diterima itu menyebabkan Mas berlinangan air mata sambil memeluk Diana.
Namun, Mas tidak berkongsi lanjut tentang tarikh majlis perkahwinan mereka kelak.
Tambah Diana, cara Mas menjaga dan melayan ibunya menjadi antara punca dia menerima lamaran lelaki tersebut.
“Mas, oh my God, dia ada hati yang sangat baik. Dia sangat menjaga orang disekelilingnya. Kami dah bersama sejak setahun lebih, saya boleh nampak kualiti dalam diri dia dan macam mana dia menjaga ibu dia.
“Jarang tengok seorang anak lelaki yang sangat menjaga ibunya dengan baik, sebab tu saya rasa dia boleh menjaga saya dengan baik sebab dia menjaga ibunya dengan baik,” ujar Diana di dalam video itu lagi.
Viral
#RoadToHalal, Mas Khan Kongsi Video Melamar Diana Nasimuddin, Romantis! - “Tak Sabar Wedding Of The Year”