Skip to main content

Viral

Roti Gardenia Naik Harga Lagi?

gardenia_naikharga_header.jpg

Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dilapor akan menaikkan harga produknya bermula 1 September ini.

Dalam satu surat yang tular, sebanyak 53 jenis produk berdepan kenaikan harga membabitkan harga peruncit dan harga pengguna.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan susulan kenaikan bahan mentah yang meningkat berterusan.

"Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.

"Kami akan sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti produk di tahap yang optimum untuk kepuasan semua pelanggan dan pengguna kami," katanya menerusi satu surat tersebut.
 

Ingatkan 1 Sept 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45jam seminggu

rupanya...

1 Sept harga roti Gardenia naik daaaaa...

???? pic.twitter.com/9S9tIOI3jR

Must-Watch Video

Advertisement