Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram Story milik Ruhainies, Aliff dirakam sedang membaca doa sambil berdiri di sebelah Ruhainies.
Masing-masing dilihat mengenakan pakaian berwarna putih. Ruhainies menyarungkan jubah lengkap bertudung, sementara Aliff pula mengenakan kurta.
Bagaimanapun, tidak tujuan mereka berada di sana.
Meninjau Instagram milik Aliff Aziz, tiada sebarang hantaran terkini mahupun muat naik apa-apa perkongsian di Instagram Story.