Skip to main content

Budaya Popular

Rumah Tangga Arorra Salwa Diganggu ‘Penyondol’ - “Saya Pun Faham Keperluan Seorang Lelaki Bila…”

astrogempak_arorra_1.png

Penyanyi dan pelakon, Arorra Salwa mengakui rumah tangganya pernah berdepan detik sukar apabila muncul pihak ketiga yang cuba mengganggu keharmonian perkahwinannya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Ahmad itu meluahkan rasa syukur kerana berjaya menangani situasi tersebut dengan tenang.

“Penyondol itu ada dimana-mana tapi tak salah mana-mana pihak, kedua-duanya bersalah dan bila terjadi perkara macam tu komunikasi adalah perkara paling penting. Saya pun faham keperluan seorang lelaki bila berjauhan jadi saya anggap benda itu sebagai perkara positif.

“Wanita itu cuba hantar benda-benda tidak sepatutnya (gambar) kepada saya tapi alhamdulillah saya tenang jadi saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan sempurna.

“Suami saya pun ceritakan hal sebenar apa yang saya boleh katakan kali pertama adalah kesilapan tapi kalau jadi kali kedua itu adalah pilihan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Arorra atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 40, turut mendedahkan bahawa wanita berkenaan cuba mengambil kesempatan dengan meminta wang daripada suaminya.

Tambahnya lagi, wanita tersebut juga cuba menghubunginya namun tidak berjaya dan akhirnya hanya berhubung dengan pengurusnya sebagai orang tengah.

Must-Watch Video

Advertisement