Skip to main content

Budaya Popular

Rumah Tangga Kamal Adli & Uqasha Didakwa Bergolak? Ini Respons Tuan Badan - “Kami Okay Sahaja, Kalau Gaduh..”

astrogempak_kamal-adli-uqasha-senrose-bergolak.jpg

Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, setiap perkahwinan pasti akan berdepan dengan pergaduhan yang kadangkala akan menguji kekuatan sesuatu hubungan.

Namun, akui hubungan dia dan Uqasha masih dalam keadaan baik. 

"Kami okay sahaja, saya cuba menjadi orang yang lebih terbuka. Kalau bergaduh, saya faham perempuan kadang-kadang emosi, lebih-lebih lagi melibatkan anak.

"Saya tahu banyak perkara Uqasha fikir, jadi saya yang perlu tenangkan dia," katanya ketika ditemui Gempak di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama, Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Kamal bakal membintangi drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21
Oktober ini.

Selain Kamal, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Mira Filzah, Nabila Huda, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.

Must-Watch Video

Advertisement